Jumaat, 13 April 2012

mutiaRa hadis


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TAJUK : Bersyukur dan berterima kasih

HADIS :
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah dia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya maka dianggap dia bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenangkan budi yang diberi, maka dia dianggap sebagai kufur nikmat."
(Riwayat At-Tabrani)

HURAIAN :
Sikap bersyukur kepada Allah S.W. dan berterima kasih sesama manusia dapat memberi kesedaran tentang banyaknya sumbangan dan bantuan yang diperolehi daripada orang lain. Dengan adanya perasaan syukur terhadap nikmat yang diberi, ini akan menjadikan kita tabah menghadapi sebarang pekerjaan, tidak mudah mengeluh atau gelisah terhadap masalah yang dihadapi.

SUMBER : 
1. Panduan Al-Quran dan Hadith, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2009)

Disediakan oleh,

Urus Setia Pelaksanaan PIN Pengajian Tinggi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
 
Copyright 2009 orangKetupat. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase