Isnin, 10 September 2012

M.A.L.A.S.

Penyakit malas nih semakin menjadi-jadi pada diriku...Arghhhhhh!!!!... nape ae?? aku pun x tahu...nak facebook, ade facebook, nak twitter, dah ade satu, nak blog.. dah buat lama dah..ape lagi x ckup nih?? masih guk rase malas...yae aku tahu..sebab tadi byk makan lemang..lemang kan pulut? pulut=ngantuk=malas...hahahahha...matilah aku mcm nih...

Mungkin juga aku agak b0san sebab buat keje yang sama setahun nih...lebih setahun gamaknye atau selama aku keje kat sini...bagaimana mahu menjadikan hidup di pajabat lebih menarik? sebab jika melakukan kerja yang sama selamanye lah kan (kita tak tahu nasib kita bagaimana sebab kakitangan bawahan aje), bagaimana mahu menghappykan diri? sebab aku mmg sukekan kelainan. sesuatu perkara baru dalam satu keadaan yang sentiasa berulang-ulang. sampai tahap kene ada benda lain dibuat demi membuat perkara yang sama berulang-ulang.

Sudahlah sebahagian daripada hidup kita di pejabat. Mahu kerja sendiri, kena ada jati diri yang kuat. Tak kuat takkan berjaya. Aku memang tak kuat jati diri. sebab malas lebih kuat. Tetapi jika ada perkara lain seperti open house di pejabat aku akan ringan tulang membantu kerana ingin lari dari kebiasaan kerja yang hanya terperuk di meja sahaja.

Hobi= jalan-jalan=perlu duit=duit takde=kena kerja=buat benda yang sama dlm tempoh yang lama=mula bosan=keje bertimbun=sebab tak buat=rasa bersalah=tetapi rasa malas lagi kuat=apa kesudahannya?

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright 2009 orangKetupat. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase