Khamis, 26 Disember 2013

Hobi


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hobi merupakan aktiviti rekreasi yang dilakukan pada masa lapang bagi menenangkan fikiran seseorang.

Tujuan


Tujuan hobi adalah untuk memenuhi minat dan mendapat keseronokan, bukan mendapat pulangan. Terdapat pelbagai jenis hobi seperti mengumpul, membuat, membaiki,bermain dan pendidikan dewasa.

Ada hobi percuma dan ada yang memerlukan belanja. Sebagai contoh, hobi mengumpul setem adalah percuma jika sekadar mengumpulkan setem terpakai, tetapi ia bertukar menjadi hobi yang memerlukan belanja apabila pengumpul jemu dengan kesukaran mendapatkan pelbagai setem secara percuma. Pelbagai jenis setem yang menarik perlu dibeli, malah setem yang baru terbit harganya mahal.

Memancing adalah hobi yang memerlukan belanja dan menghasilkan pulangan. Belanja diperlukan untuk membeli alat pancing utama seperti joran dan umpan, alat pancing sampingan seperti bot, khemah, lampu dan sebagainya. Pulangannya adalah ikan dan hadiah pertandingan memancing.
Antara hobi lain ialah memelihara burung untuk mendengar bunyi, memiliki pokok bonsai dan memelihara ikan lohan (flower horn).

tapi bukan nak cakap sangat pasal fakta sebab kamu worang buleyh carik kat pakcik "Google"  punyah..x yah shushah2 mau bagi tahu..hEhEhEhE... ;p 
tetapi yang ingin dikongsikan di sini adalah sejak beberapa sejak ini... hmm (perosak bahasa jiwa bangsa juga aku neh) yang ingin dikongsikan di sini adalah aku mempunyai hobi baru..hehehhe.. masak..hampir setiap hari aku akan bawa bekal ke pejabat..agaknye mungkin usia semakin meningkat..entahlah...aku tak rase nak makan di kedai makanan..x ksahlah warung ke, cafe ke, restoran ke, gerai ke..rase senentiasa mahu mencuba masakan baru..(padahal bukan baru pun, cuma aku x pernah buat sendiri jek mcm nasi/mee/meehon/meggie goreng... pelbagai jenis sup...roti...kari..masak lemak..nasi lemak.nasi ayam ekspress~jumpe resipi lam FB...ngeh3..) 
aku jadik macam gian lebih2 lagi jika masakan aku tu menjadi..wa lau weyh bebeh!!!  XD
buat ikan masak stim tauchu pun best...sedap wooo (padahal perencah dah siap cuma gaul je kat ikan..ahahahahahhahahahhahah!!!!!!!!!!)
maka apabila terjadi kejadian seumpama iney, aku x de selera mahu makan di luaq..bak kata orang utara.. hehehheh... ;p
dan aku gumbira dengan keadaan iney...sebab aku maken gemokkkk..wuho0000!!!!!!!!! 0.0..

oleh itu hobi2 neh mmg sgt baik sekiranya ianya mendatangkan faedah kepada kita dan orang lain atau alam ini.. oleh itu, maka
keep it up guys!!! ayat ney tuju kat aku dan korunk sumerz yg ado hobey..

wa ch0w duluk kirenye... chizzz... z_z
bubbYe

Peringatan Untuk Renungan Kita Bersama




ALLAH SWT berfirman maksudnya: “Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang terang nyata bagi kamu”. (Surah al-Baqarah, ayat 168)

Islam adalah satu-satunya ad-din diredai Allah yang menjamin kesejahteraan hidup umatnya di dunia dan di akhirat. Malah Islam juga satu agama yang memelihara kehidupan umatnya daripada perkara-perkara yang mudarat dan merosakkan. Oleh sebab itu, Islam mensyariatkan hukum halal dan haramnya dalam setiap aspek kehidupan umatnya.
Justeru, setiap Muslim wajib memelihara setiap perkara yang halal dan haram dalam pemakanannya. Dalam kata lain, setiap Muslim wajib memerhatikan apa yang dimakan supaya tidak termasuk bahan haram yang akhirnya menjadi isi dagingnya. Daging yang tumbuh daripada sumber haram, maka api nerakalah bahan pembakarnya. Ini jelas daripada sabda Rasulullah yang bermaksud: “Setiap daging badannya yang tumbuh daripada benda yang haram (yang menghilangkan berkat), maka nerakalah yang lebih utama bagi orang itu.” (Hadis riwayat Ahmad & Tirmizi) Oleh yang demikian, setiap Muslim wajib berhati-hati terhadap pemakanannya agar bersih daripada sumber yang haram.
Kepentingan makanan halal itu dapat dilihat dengan jelas melalui sabda Rasulullah yang bermaksud: “Memilih yang halal itu adalah wajib bagi setiap orang Islam kerana setiap daging yang tumbuh dari yang haram, maka api neraka lebih utama baginya.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Di dalam hadis lain pula Rasulullah SAW bersabda: 


"Demi (Allah) yang diri Muhammad ditanganNya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, tiada diterima Allah amal darinya empat puluh hari." (Hadis Riwayat Thabrani)
“Barangsiapa mengambil hak seorang muslim dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkan baginya syurga,” maka salah seorang bertanya,”Meskipun sedikit, wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab,”Ya, meskipun hanya setangkai kayu sugi (siwak).”(Hadis Riwayat Muslim)
 
Copyright 2009 orangKetupat. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase