Peringatan Untuk Renungan Kita
Bersama
ALLAH SWT berfirman maksudnya:
“Wahai sekalian
manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan
janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah
musuh yang terang nyata bagi kamu”. (Surah al-Baqarah, ayat 168)
Islam adalah satu-satunya ad-din diredai Allah yang menjamin kesejahteraan hidup umatnya di dunia dan di akhirat. Malah Islam juga satu agama yang memelihara kehidupan umatnya daripada perkara-perkara yang mudarat dan merosakkan. Oleh sebab itu, Islam mensyariatkan hukum halal dan haramnya dalam setiap aspek kehidupan umatnya.
Islam adalah satu-satunya ad-din diredai Allah yang menjamin kesejahteraan hidup umatnya di dunia dan di akhirat. Malah Islam juga satu agama yang memelihara kehidupan umatnya daripada perkara-perkara yang mudarat dan merosakkan. Oleh sebab itu, Islam mensyariatkan hukum halal dan haramnya dalam setiap aspek kehidupan umatnya.
Justeru, setiap Muslim wajib memelihara setiap
perkara yang halal dan haram dalam pemakanannya. Dalam kata lain, setiap Muslim
wajib memerhatikan apa yang dimakan supaya tidak termasuk bahan haram yang
akhirnya menjadi isi dagingnya. Daging yang tumbuh daripada sumber haram, maka
api nerakalah bahan pembakarnya. Ini jelas daripada sabda Rasulullah yang
bermaksud: “Setiap daging badannya yang tumbuh daripada benda yang haram (yang
menghilangkan berkat), maka nerakalah yang lebih utama bagi orang
itu.” (Hadis
riwayat Ahmad & Tirmizi) Oleh yang demikian, setiap Muslim wajib
berhati-hati terhadap pemakanannya agar bersih daripada sumber yang haram.
Kepentingan makanan halal itu dapat dilihat
dengan jelas melalui sabda Rasulullah yang bermaksud: “Memilih yang halal itu adalah wajib bagi
setiap orang Islam kerana setiap daging yang tumbuh dari yang haram, maka api
neraka lebih utama baginya.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Di
dalam hadis lain pula
Rasulullah SAW bersabda:
"Demi (Allah) yang diri Muhammad ditanganNya,
sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke dalam
perutnya, tiada diterima Allah amal darinya empat puluh hari." (Hadis Riwayat Thabrani)
“Barangsiapa mengambil hak seorang muslim dengan
sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkan baginya
syurga,” maka salah seorang bertanya,”Meskipun sedikit, wahai Rasulullah?”
Rasulullah menjawab,”Ya, meskipun hanya setangkai kayu sugi
(siwak).”(Hadis Riwayat
Muslim)
0 ulasan:
Catat Ulasan