Rabu, 2 April 2014

KITAB-KITAB ALLAH YANG WAJIB KITA IMANI


Kitab kitab Allah adalah kitab-kitab yang diturunkan kepada para Nabi dan Rasul yang dianjurkan untuk disampaikan kepada umat manusia agar dijadikan pedoman hidup bagi mereka. Kitab-kitab ini berisi peraturan, ketentuan, perintah dan larangan yang dijadikan tuntunan bagi umat manusia dalam menjalankan kehidupan agar tercapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Sebagai muslim, kita harus percaya dan meyakini dengan iman serta aqidah yang teguh bahawa semua kitab yang telah diturunkan Allah S.W.T kepada para Nabi dan Rasul-Nya adalah benar & tidak meragukan.

آمَنَ الرَّسُولُ بِمَآ أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ

Allah S.W.T berfirman: ”Rasul telah beriman kepada Al-Qur’an yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya.” [al-Baqarah, 285]

Dinamakan kitab-kitab suci kerana mengandungi firman Allah S.W.T yang suci dan bersih dari kesalahan dan bebas daripada campur tangan manusia yang dhaif & lemah, diturunkan kepada para Nabi dan Rasul melalui perantaraan Malaikat untuk disampaikan kepada manusia seluruhnya.

Kitab-kitab Allah S.W.T terlalu banyak serta tidak terhitung bilanganya dan diturunkan pada masa yang berlainan, namun di dalamnya terkandung ajaran pokok yang sama, iaitu ajaran tauhid atau ajaran tentang keesaan Allah. Yang berbeza hanyalah dalam hal Syariat yang disesuaikan dengan zaman dan keadaan umat pada waktu itu.

Adapun kitab-kitab yang diturunkan kepada Nabi-Nabi & Rasul-Rasul terdahulu adalah dikategorikan sebagai Shuhuf atau Mushaf kerana ia sekadar lembaran-lembaran sahaja. Diantaranya ialah:
  • 10 shuhuf kepada Nabi Adam a.s
  • 50 shuhuf kepada Nabi Syith a.s (pendapat lain mengatakan 60 suhuf)
  • 30 shuhuf kepada Nabi Khanukh a.s
  • 30 shuhuf kepada Nabi Idris a.s
  • 10 shuhuf kepada Nabi Ibrahim a.s (pendapat lain mengatakan 30 suhuf)
  • 10 shuhuf kepada Nabi Musa a.s

Di antara sekian banyak kitab kitab suci Allah S.W.T, hanya ada 4 kitab suci yang wajib diketahui oleh setiap muslim iaitu:

1. Taurat diturunkan kepada Nabi Musa a.s
2. Zabur kepada Nabi Daud a.s
3. Injil diturunkan kepada Nabi Isa a.s 
4. Al-Qur’an  diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w

1. KITAB TAURAT

Kitab Taurat diwahyukan Allah S.W.T kepada Nabi Musa a.s sebagai pedoman hidup bagi kaum Bani Israel. Allah berfirman:
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab Taurat di dalamnya (ada )petunjuk dan cahaya (yang menerangi)”[an-Nisa’, 44]

Kitab Taurat asli yang berisikan akidah dan hukum-hukum syariat sudah tidak ada lagi. Yang beredar di kalangan orang-orang Yahudi saat ini bukanlah kitab Taurat asli, melainkan palsu. Sebab mereka telah melakukan perubahan-perubahan pada isi kandungannya.

Para Ulama' mensepakati bahawa kitab Taurat yang asal sudah tidak ada lagi. Taurat yang beredar pada hari ini lebih tepat dikatakan sebagai karangan atau tulisan orang-orang Yahudi pada waktu dan masa yang berbeza. Allah S.W.T berfirman,
“Iaitu orang-orang Yahudi mereka mengubah perkataan dari tempat-tempatnya.”[An-Nisa’, 46].

2. KITAB ZABUR

Kitab Zabur diturunkan Allah S.W.T kepada nabi Daud as. Nabi Daud a.s hanya diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk mengikuti syariat Nabi Musa. Maka pokok ajaran kitab Zabur berisi tentang zikir, nasihat dan hikmah bukan hukum.

3. KITAB INJIL

Kitab Injil diturunan oleh Allah kepada Nabi Isa a.s.  Kitab Injil yang asli memuatkan keterangan-keterangan yang benar dan nyata iaitu perintah-perintah Allah agar manusia percaya bahawa Allah S.W.T itu Esa atau satu, bukan banyak dan tidak menyekutukanNya dengan suatu apapun. Juga dalam kitab Injil yang asli telah dijelaskan bahawa di akhir zaman akan lahir seorang nabi yang terakhir.

4. KITAB AL-QUR’AN

Al-Qur’an adalah kitab suci yang wajib diimani dan diyakini dengan keyakinan yang kuat akan kesuciannya. Berlainan dengan kitab-kitab suci sebelumnya, Al-Qur'an diturunkan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan malaikat Jibril a.s itu tidak secara sekaligus, melainkan secara beransur-ansur selama 23 tahun dan terdiri daripada 114 Surah serta 30 juzuk & 6,666 ayat. Wahyu pertama adalah surah Al-‘Alaq ayat 1 hingga 5, diturunkan di gua Hira’ ketika Nabi s.a.w sedang berkhalwah atau menyendiri. Pada saat itu pula baginda diangkat menjadi Rasulullah untuk menyampaikan risalahNya kepada seluruh umat manusia.  


Sedangkan ayat yang terakhir yang diturunkan adalah surah al-Ma'idah ayat 3:

”Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu.”. [al-Ma'idah: 3]

Ayat tersebut turun pada Rasulullah s.a.w ketika melakukan Haji Wida’ dan beberapa ketika setelah menerima wahyu tersebut baginda pun wafat.

Al-Quran diturunkan kepada Nabi s.a.w untuk menghapus Syari’at yang tertera dalam kitab-kitab terdahulu. Ia merupakan kitab suci terlengkap dan abadi sepanjang masa, sesuai bagi semua umat manusia sampai akhir zaman, serta pedoman dan petunjuk bagi manusia dalam menjalani kehidupan di dunia agar beroleh kebahagiaan di Akhirat kelak, Insya Allahu Ta'ala.


Wallahu Ta'ala Aklam Bissawab!

Rabu, 19 Mac 2014

Hujan

Malam ini hujan
Sekejap renyai
Sekejap lebat
Dan renyai kembali

Disaatku leka
Terdengar bunyi guruh
Terlihat kelibat kilat
Aku jadi takut

Takutnya aku
Bukan kerana takutnya budak kecil
Yang pasti berlari menangis mendapatkan ibunya
Takutnya aku
Kerana lalai dalam tanggungjawabku
Lalai dalam ibadahku

Kiranya Engkau mengambilku
Pada tika aku masih
Gelumang dengan dosa
Pada tika aku masih
Alpa dengan dunia
Aku pasti takut Ya Allah

Akan azabMu
Kerana itu
Setiap kelibat petirMu
Aku menjadi resah dan takut

Makaku terus dekatkan diri padaMu
Berharap agar dirahmati
Dan dijauhi daripada kemungkaran
Disaat Kau mengambil semula
Nyawaku suatu hari nanti

Khamis, 13 Februari 2014

Bintang

Twinkle2 lil star..how I wonder what u are..gud night..

Isnin, 10 Februari 2014

sorang @ bramai2??

Maaf..post ini bkn kerane 14 /2 yea..sy x smbut..hahaha..
Ini psal pg td aku mkn roti bakar..sorang2...ingtkn sedap  sbb mase mkn kt opis dulu..ado kakak kt opis tu siap bawak pembakau roti (uppss kuwow plop slang mlaka)...ahahah...rasenye sgt sedap...sampai hampir setiap hari kami kt opis lama mkn roti bakar..walaupun intinya sekadar sapuan marjerin+gule...atau kaya...saaaanngaaaatt sedap...
Tapi pagi ni...bile aku mkn roti bakar..aku x rase sedap mcm kat opis lama aritu...x sama..walaupn aku pkai mentega+ ladys choice perisa coklat kacang...
X sesedap dahulu...tetibe aku terpikir..rupenye inilah bezanya kalau makan beramai2 berbanding mkn sorang2...sgt lain..aku faham sekarang...
Patutlah mak aku nak sgt tgk aku ade pasangn dn kahwin...sbb sbenarnya ade kelebihan jika buat apa pun bersama orang lain..kecuali buang air..ahahaha...
Mandi bersama (uppsss...ni bkn bukan2...yea..jgn melalut)..mandi bersama anak2... Kt kolam pun best pe..hidup ini lebih bermakna... Sebab itu dalam Islam amat penting silaturahim...
Sekian utk petang ini...;)
 
Copyright 2009 orangKetupat. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase