Kitab kitab
Allah adalah kitab-kitab yang diturunkan kepada para Nabi dan Rasul yang
dianjurkan untuk disampaikan kepada umat manusia agar dijadikan pedoman hidup
bagi mereka. Kitab-kitab ini berisi peraturan, ketentuan, perintah dan larangan
yang dijadikan tuntunan bagi umat manusia dalam menjalankan kehidupan agar
tercapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Sebagai muslim, kita harus
percaya dan meyakini dengan iman serta aqidah yang teguh bahawa semua kitab yang
telah diturunkan Allah S.W.T kepada para Nabi dan Rasul-Nya adalah benar &
tidak meragukan.
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَآ أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ
وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ
وَرُسُلِهِ
Allah
S.W.T berfirman: ”Rasul telah beriman kepada Al-Qur’an yang diturunkan kepadanya
dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada
Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya.” [al-Baqarah,
285]
Dinamakan
kitab-kitab suci kerana mengandungi firman Allah S.W.T yang suci dan bersih dari
kesalahan dan bebas daripada campur tangan manusia yang dhaif & lemah,
diturunkan kepada para Nabi dan Rasul melalui perantaraan Malaikat untuk
disampaikan kepada manusia seluruhnya.
Kitab-kitab
Allah S.W.T terlalu banyak serta tidak terhitung bilanganya dan diturunkan pada
masa yang berlainan, namun di dalamnya terkandung ajaran pokok yang sama, iaitu
ajaran tauhid atau ajaran tentang keesaan Allah. Yang berbeza hanyalah dalam hal
Syariat yang disesuaikan dengan zaman dan keadaan umat pada waktu
itu.
Adapun
kitab-kitab yang diturunkan kepada Nabi-Nabi & Rasul-Rasul terdahulu adalah
dikategorikan sebagai Shuhuf atau Mushaf kerana ia sekadar lembaran-lembaran
sahaja. Diantaranya ialah:
- 10 shuhuf kepada Nabi Adam a.s
- 50 shuhuf kepada Nabi Syith a.s (pendapat lain mengatakan 60 suhuf)
- 30 shuhuf kepada Nabi Khanukh a.s
- 30 shuhuf kepada Nabi Idris a.s
- 10 shuhuf kepada Nabi Ibrahim a.s (pendapat lain mengatakan 30 suhuf)
- 10 shuhuf kepada Nabi Musa a.s
Di antara
sekian banyak kitab kitab suci Allah S.W.T, hanya ada 4 kitab suci yang
wajib diketahui oleh setiap muslim iaitu:
1. Taurat
diturunkan kepada Nabi Musa a.s
2. Zabur
kepada Nabi Daud a.s
3. Injil
diturunkan kepada Nabi Isa a.s
4.
Al-Qur’an diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w
1. KITAB
TAURAT
Kitab Taurat
diwahyukan Allah S.W.T kepada Nabi Musa a.s sebagai pedoman hidup bagi kaum Bani
Israel. Allah berfirman:
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab Taurat di dalamnya (ada
)petunjuk dan cahaya (yang menerangi)”[an-Nisa’, 44]
Kitab Taurat
asli yang berisikan akidah dan hukum-hukum syariat sudah tidak ada lagi. Yang
beredar di kalangan orang-orang Yahudi saat ini bukanlah kitab Taurat asli,
melainkan palsu. Sebab mereka telah melakukan perubahan-perubahan pada isi
kandungannya.
Para Ulama'
mensepakati bahawa kitab Taurat yang asal sudah tidak ada lagi. Taurat yang
beredar pada hari ini lebih tepat dikatakan sebagai karangan atau tulisan
orang-orang Yahudi pada waktu dan masa yang berbeza. Allah S.W.T berfirman,
“Iaitu
orang-orang Yahudi mereka mengubah perkataan dari tempat-tempatnya.”[An-Nisa’,
46].
2. KITAB
ZABUR
Kitab Zabur diturunkan Allah S.W.T kepada nabi Daud as.
Nabi Daud a.s hanya diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk mengikuti syariat Nabi
Musa. Maka pokok ajaran kitab Zabur berisi tentang zikir, nasihat dan hikmah
bukan hukum.
3.
KITAB
INJIL
Kitab Injil diturunan oleh Allah kepada Nabi Isa a.s.
Kitab Injil yang asli memuatkan keterangan-keterangan yang benar dan nyata iaitu
perintah-perintah Allah agar manusia percaya bahawa Allah S.W.T itu Esa atau
satu, bukan banyak dan tidak menyekutukanNya dengan suatu apapun. Juga dalam
kitab Injil yang asli telah dijelaskan bahawa di akhir zaman akan lahir seorang
nabi yang terakhir.
4. KITAB
AL-QUR’AN
Al-Qur’an
adalah kitab suci yang wajib diimani dan diyakini dengan keyakinan yang kuat
akan kesuciannya. Berlainan dengan kitab-kitab suci sebelumnya, Al-Qur'an
diturunkan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan malaikat
Jibril a.s itu tidak secara sekaligus, melainkan secara beransur-ansur selama
23 tahun dan terdiri daripada 114
Surah serta 30 juzuk &
6,666 ayat. Wahyu pertama adalah surah Al-‘Alaq ayat 1 hingga 5, diturunkan
di gua Hira’ ketika Nabi s.a.w sedang berkhalwah atau menyendiri. Pada saat itu
pula baginda diangkat menjadi Rasulullah untuk menyampaikan risalahNya kepada
seluruh umat manusia.
Sedangkan
ayat yang terakhir yang diturunkan adalah surah al-Ma'idah ayat 3:
”Pada hari
ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu
janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah
Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan
telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu.”. [al-Ma'idah:
3]
Ayat
tersebut turun pada Rasulullah s.a.w ketika melakukan Haji Wida’ dan beberapa
ketika setelah menerima wahyu tersebut baginda
pun wafat.
Al-Quran
diturunkan kepada Nabi s.a.w untuk menghapus Syari’at yang tertera dalam
kitab-kitab terdahulu. Ia merupakan kitab suci terlengkap dan abadi sepanjang
masa, sesuai bagi semua umat manusia sampai akhir zaman, serta pedoman dan
petunjuk bagi manusia dalam menjalani kehidupan di dunia agar beroleh
kebahagiaan di Akhirat kelak, Insya Allahu Ta'ala.
Wallahu
Ta'ala Aklam Bissawab!
2 ulasan:
Sangat bermanfaat gan, Silahkan juga kunjungi
1. Kitab-kitab Suci Allah dan Penerimanya
2. Definisi Iman Kepada Rasul
3. Kumpulan materi pelajaran SD, SMP, SMA, tugas sekolah lengkap dengan jawaban dan materi perkuliahan (www.materibelajar.id)
terima kasih
Catat Ulasan