Ahad, 9 September 2012

Hakikat Stress yang boleh membawa kepada dukacita


  • Kehidupan merupakan suatu perjuangan
  • Justeru, perjuangan memerlukan persiapan menghadapi pelbagai cabaran. hadapilah setiap cabaran mengikut teknik yang sesuai berdasarkan kepada ilmu dan pengalaman.
  • Seimbangkan kehidupan
  • Setiap ibu bapa berasakan mereka tidak dapat memenuhi kehendak anak-anak hingga timbul perasaan bersalah. Perkara ini tetap akan menghantui anda sama ada anda bekerja ataupun anda berada di sisi mereka sepanjang hari. Setiap daripada kita perlu memenuhi tanggungjawab terhadap Allah SWT, keluarga, sahabat dan diri sendiri. Oleh itu, wujudkan satu mind set untuk membuat yang terbaik.
  • Jauhi daripada perasaan takut yang tidak berasas.
  • Kimberly Thompson dari Harvard School of Public Health mencadangkan supaya kita berfikiran positif terhadap sesuatu fenomena penyakit yang menimpa sesetengah individu. Kita seharusnya berfikir bahawa penyakit itu hanya menimpa sebahagian manusia. Selebihnya iaitu majoriti masih lagi terselamat. Jadi letakkan dalam fikiran kita bahawa kita tergolong dalam kategori ramai yang selamat. Bukannya segelintir yang ditimpa ujian tersebut.
Sumber dari (Andainya Engkau Tahu-Bimbinglah Dirimu dengan Doa dan Zikir disusun oleh Dr. Hj Zahazan Mohamed & Almy Asenar)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright 2009 orangKetupat. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase